Monday, April 30, 2012

dalam forex ada istilah robot... iaitu program untuk menjalankan aktiviti forex secara automatik... sebagai seorang yang celik IT.. aku pun berminat juga menggunakan robot untuk trade... pantang jumpa robot yang free aku akan cuba.. beli tak pernah sekali pun.. ramai trader yang berpengalaman kata jangan percaya pada robot.. tapi sebagai seorang yang celik IT aku tak putus asa mencuba dan terus mencuba robot yang free disamping serba sedikit cuba untuk modified robot-robot yang ada...

Thursday, September 29, 2011

kalau kail pangjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.. dengan hanya bermodalkan deposit yang kecil aku pun melangkah ke alam real forex trading pada tahun 2008.. dipendekkan cerita.. 2 tahun tak kemana.. setiap kali deposit yang aku masukan langsung tak nampak hasilnya.. tak kiralah manual trading ke.. robot trading ke.. sama saja.. dalam masa 2 tahun tu juga dah beribu-ribu usd menjadi bekalan dalam menimba pengalaman yang berharga..

langit tidak selalu mendung... tahun 2010 menjadi titik tolak kepada perjalanan aku sebagai part time forex trader..

Wednesday, September 28, 2011

Salam semua,

Aku sebenarnya tak reti nak tulis kat blog ni.. tapi apa yang aku nak kongsi adalah pengalaman aku tentang forex.. serba sedikit apa yang aku tahu dan belajar pasal forex ni.. Aku mula mengenali forex  pada penghujung tahun 2006 melalui seorang kawan.. sedar tak sedar dah 5 tahun lebih dah. masuk tahun 2007 aku mula membaca tentang forex.. macam dah jadi minat baru nak tahu pasal forex.. bermula lah kisah hidup aku dan forex dengan demo akaun dulu.. setahun juga aku layan demo akaun.. tahun 2008 baru aku ada keberanian untuk membuka langkah dengan real akaun..

jeng jeng jeng.. bersambung..